Congkak adalah sebuah permainan tradisional di kalangan Melayu dahulu dan sekarang. Congkak juga digemari oleh kanak-kanak and orang dewasa. Ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain.Ia begitu popular dan diminati.
Asalnya tidak pasti samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Walaubagaimanapun ia dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Permainan ini pada masa kesultanan Melaka yang dimainkan oleh keluarga Istana. Pada masa itu, papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan gengan mengorek lubang di dalam tanah.
Permainan congkak perlu pengiraan. Orang yang cekap mencongkak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Ia perlu papan congkak dan juga buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat oleh beberapa jenis kayu dan mempunyai lima atau tujuh lubang sebaris yang terkenal sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Pada zaman sekarang, remaja kini tidak begitu gemar dengan bermain dengan permainan tradisional. Ini mungkin kerana pada zaman sekarang, terdapat banyak permainan yang lebih canggih seperti 'PSP', X-Box dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, terdapat sekumpulan remaja yang masih gemar dengan sejarah Melayu.
Pada pendapat saya, guru-guru mungkin boleh memberi murid-muridnya peluang untuk bermain dengan permainan tradisional Melayu. Ini mungkin boleh membuat seorang pelajar itu mahu membelajari lebih mengenai sejarah Melayu dan menaikkan ilmunya dalam topik ini. Saya rasa yang sejarah Melayu ini sangat menarik sekali. Ini kerana terdapat banyak permainan dan fakta dan kenyataan yang saya belum tahu lagi.
Khamis, 3 Julai 2008
Rabu, 2 Julai 2008
Blog mengenai permainan tradisional.
Selamat tengahari para pembaca. Ini adalah blog untuk permainan tradisional Melayu. :D !
Langgan:
Catatan (Atom)